Jika anda diberi pilihan untuk berbuat sesuatu, diantara cara yang mudah dengan cara yang susah, yang mana anda pilih? Saya pasti hampir semua diantara kita, mahu memilih cara yang mudah.
Tetapi, untuk makluman anda, walau apa pun pilihan anda, ada satu hakikat yang tak boleh anda elak untuk terus hidup. Iaitu MELANGKAH. Apatah lagi untuk menjadi orang kaya dan berjaya. Anda harus berfikir dan membuat keputusan lebih pantas. Buat pilihan dan MELANGKAH.
Anda harus faham, bahawa hidup kita ini adalah perjalanan yang destinasinya MATI. Ini adalah pasti. Jadi anda harus melangkah setiap hari. Selagi bernafas. Selagi bernyawa. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Dan jadikan esok suatu matlamat baru setiap hari. Berbezanya kehidupan dengan permainan adalah kita hanya ada 1 kali “life”. Tak boleh anda sia-siakan sahaja kehidupan anda yang hanya ada 1 kali try. Dalam permainan, kalau game over, boleh restart. Boleh try lagi. Namun Maha Adil nya Tuhan. Markah dikira setiap hari, dalam perjalanan hidup. Apa saja yang anda buat diambil kira dan dinilai untuk mendapat ganjaran. Berbeza kalau permainan. Start balik, bermakna markah 0 balik.
Jadi anda sendiri tentukan bagaimana anda mahu merencanakan matlamat esok hari. Mahu mencapai matlamat dengan cara mudah atau cara susah? Tepuk dada tanya apa dicita. Fikirkan rencana.