Takde salah pun nak ambil teladan dari alam. Cuma kita ni manusia, makhluk yang berakal, pandai mengatasi masalah ketidakcukupan dalam hidup. Kita boleh mengambil teladan dari sifat harimau.Tetapi kita ambil yang positif dan sesuaikan dengan sifat manusia. Dalam merancang kewangan dan keperluan asas contohnya. Tak lama lagi nak start masuk sekolah, serentak dengan bulan puasa dan raya. Jika kita nak mengharapkan bonus tahunan sahaja, mmng kita ikut resmi Rezeki Rimau. Bonus pun tak dapat. hehehe. Apakata tahun ni , kita ikut resmi semut ker, tupai ker, burung ker.. yang simpan makanan untuk digunakan waktu sesak. Macam tahun 2023 ni, ekonomi dunia tak berapa cantik. Semua orang sedang struggle. Ekonomi keluarga kita pun ikut terjejas. Maka rancang bajet anda awal2, mulakan tabungan untuk menghadapi setiap kos yang mendatang. Yang sudah dijangka atau yang tak dijangka. Jangan pakai konsep Rezki Rimau. Simpan sikit-sikit pun takper, yang penting pasti terkumpul. Daripada menunggu durian runtuh yang tak pasti ada ke takde..