
Rupanya inilah sebab kenapa orang kaya dan berjaya pegi "berguru" digunung.
Ada rahsia rupanya pasal pegi bertapa di gunung ni. Bila aku sendiri pegi ikut team-team otai pegi panjat gunung, akhirnya ada otai-otai dan sifu-sifu yang “bukak mulut”. Aku pergi naik Gunung Ledang jer.. takde la tinggi sangat. tapi pengalaman dan ilmu yang aku dapat sangat bernilai. Patut la syarikat-syarikat besar atau organisasi kerajaan suka sangat hantar pekerja pegi jungle trekking atau ekspedisi panjat gunung.
Mengikut perkongsian “Abg Komando” yang lead kami dalam ekspedisi panjat Gunung Ledang ni, perancangan yang dibuat untuk capai sesuatu puncak sesebuah gunung adalah sama seperti merancang untuk mencapai apa-apa misi atau visi dalam hidup setiap orang. Jadi katanya, kalau nak berjaya atau nak menaikkan semangat dalam hidup, setiap orang mesti cuba panjat gunung, atau belajar dengan gunung.
Abg Komando explain, untuk kita mulakan ekspedisi panjat gunung, pertama kita kena ada info pasal gunung yang hendak kita tawan. Berapa tinggi, bentuk muka bumi, cuaca dan kesihatan diri. Kemudian kita perlu merangka perjalanan mengikut trail dan peralatan yang perlu kita gunakan. Contohnya kami panjat gunung Ledang, mestilah buat perancangan awal bermula dari memohon kebenaran sampai lah tiba dipuncak dan plan untuk turun dan balik rumah. Hehehe.
Gunung Ledang. Tangkak, Johor
START: Sagil
CP1 Bukit Semput: 15m
CP2 Hentian Meranti: 25m
CP3 Batu Orkid: 35m
Simpang Bukit Satu Dua: 35m
Simpang Pendita (KFC): 25m
Stream: 10m
CP6 Gua Kambing: 55m
Taman Bonzai: 45m
CP7 Bukit Botak: 20m
Last Batu Hampar: 30m
Peak: 15m
Total: 5h 15m


Walaupun cuti sekolah, tapi panjat gunung tak sesuai untuk bawak anak-anak bersantai. Lebih sesuai untuk remaja dan dewasa, untuk belajar tentang kepayahan dalam hidup dan menghargai alam.
Abg Komando kata lagi. Panjat gunung ni ada checkpoint. Dan ada pace nya (tempoh pendakian). Sama dalam hidup kita, ada masa kita kanak-kanak, kemudian remaja, kemudian bekerja dan bekeluarga. Dan untuk sampai ke checkpoint lain, kita perlu rehat, ambik masa, semak plan, tengok keadaan cuaca dan sebagainya. Tidak ada masalah untuk anda berhenti dan patah balik. Patah balik bukan gagal. Ianya perlu demi keselamatan diri dan melatih kita membuat pertimbangan dan keputusan yang betul dalam hidup. Yang penting, rancangkan dengan betul dan ikut perancangan.



Bila difikirkan balik perkongsian Abg Komando, saya bersetuju bahawa memang sangat mendalam sebenarnya pengalaman panjat gunung ni. Saya sendiri tak dapat nak bayangkan betapa penatnya panjat gunung ni.. sampaikan setiap kali terjumpa saliran air rasa nak minum terus dari air mengalir tu. Dan bayangkan kami juga menempuh hujan dalam perjalanan mendaki. Basah, sejuk, penat dan susahnya trekking tu kadang-kadang nak buat kita rasa nak berhenti. Ada laluan yang payah macam laluan KFC, ada laluan yang cantik sangat macam laluan Bonsai dan laluan-laluan semua perlu anda tempuh, kalau nak capai matlamat utama anda. Puncak/Summit. Dengan guidance yang betul, sikap yang betul. Kami sampai ke puncak Gunung Ledang dengan perasaan puas dan senyuman yang ikhlas. Pemandangan dari puncak akan buat kita rasa puas giler dan nak ucapkan syabas pada diri sendiri. Hehehe.. Kami bermalam di puncak. dan keesokannya turun dari Ledang dengan pace laju “ala komando” hehehehe. Anda kena cuba sendiri baru tau…